SINOPSIS
Johor Culinary Heritage mengetengahkan 16 hidangan warisan Johor yang sinonim dengan masyarakat negeri ini serta menjadi sebahagian daripada identiti dan budaya Johor. Antara sajian tersebut ialah laksa Johor, telur pindang, nasi ambeng dan mi bandung. Buku ini menampilkan keunikan sajian tradisional Johor yang diwarisi turun-temurun dan terus dipelihara sebagai warisan tidak ketara negeri Johor. Setiap hidangan bukan sahaja mencerminkan cita rasa dan sejarah masyarakat, malah memperlihatkan kekayaan tradisi kulinari Johor yang masih kekal sehingga kini. Penerbitan buku edisi Bahasa Inggeris ini sebagai usaha pendokumentasian, pemuliharaan dan penyebarluasan warisan kulinari Johor kepada pelancong, masyarakat setempat serta generasi akan datang. Johor Culinary Heritage sesuai dijadikan rujukan, koleksi peribadi dan cenderamata istimewa bagi pencinta warisan serta gastronomi tempatan.


Reviews
There are no reviews yet.