- Sekitar abad ke-18 dan ke-19, memperlihatkan beberapa fenomena politik dalam negeri Johor. Terutamanya ekoran daripada kemasukan pengaruh Bugis dan kuasa barat, politik Johor mengalami beberapa perubahan. Untuk membuat kajian perihal politik Johor, selain penggunaan sumber Barat dan tulisan sarjana-sarjana Barat, fenomena politik ini boleh juga dilihat dari kaca mata penulis tempatan ataupun melalui manuskrip Melayu.
- Buku ini membincangkan tentang fenomena-fenomena yang berkaitan dengan aspek politik dalam Kerajaan Johor dalam tempoh-tempoh abad ke-18 dan ke-19. Tahun 1699 memperlihatkan penggantian kesultanan Kerajaan Johor daripada warisan kesultanan Melaka kepada keluarga Bendahara. Seperkara yang tidak dapat dinafikan, politik kerajaan Melayu sangat berkait rapat dengan peperangan. Institusi peperangan sebenarnya menjadi salah satu unsur utama dalam memastikan kewujudan dan kekuatan sesebuah kerajaan.
- Oleh itu, kajian ini berusaha melihat situasi politik Johor yang dipaparkan di dalam manuskrip Melayu (terutamanya Tuhfat al-Nafis) disamping membandingkan paparan ini dengan sumber-sumber lain terutamanya sumber British.
Politik Kerajaan Johor 1718-1862
RM50.00
Penulis : Mardiana Nordin
Halaman : 248
ISBN : 978-983-2440-34-5
Tahun : 2008
4 in stock
Description
Additional Info
Reviews
Description
Additional Info
Weight | 300 g |
---|---|
Book Cover | Hardcover |
Reviews
Reviews
There are no reviews yet.